Monday, October 27, 2008

Lembu tenusu


PEMAKANAN LEMBU TENUSU


DigestibilitiPengaruh yang amat besar pastura terhadap pengeluaran susu ialah jumlahnya yang lembu tenusu boleh makan. Jumlah setiap hari ternakan boleh makan dipengaruh oleh banyak perkara,terutamanya bergantung kepada selera (appetite) Selera pula tergantung pada baka ternakan (breed), size, keadaan badan, umur dan kesehatan ternakan, juga tergantung kepada berapa banyak susu yang dihasilkan atau berapa jauhkah perjalanan yang dibuat dalam proses meragut didalam pastura.


Kadar purata bagi lembu tenusu baka Friesian memakan 16 kg. kandungan bahan kering (dm) ataupun 65 kg. rumput segar (fresh green feed) dan bagi lembu baka Jersye pula mampu memakan 11 kg. bahan kering ataupun 45 kg. rumput segar ataupun boleh juga dibuat perkiraan seperti ini :-(bahan kering ialah 4% dari berat badan ataupun 10% berat badan untuk rumput segar) Pastura di kawasan tropika biasanya mengeluarkan hasil yang tinggi dibandingkan dengan rumput dari kawasan temperate, tetapi malangnya hasil pengeluaran susu dari rumput tropika tetap rendah jika dibandingkan dengan kawasan temperate. Antara sebabnya ialah rumput tropika mengandungain banyak batang dan daun mati, biasanya terenakan tidakakan ragut , rumput tropika mengandungi faibre yang tinggi dimana kurang digestible, ini bermakna kandungan zat pemakanan seperti tenaga, protin dan mineral dikhuatiri rendah.

Lembu tenusu memerlukan pemakanan yang kandungan digestiblenya ialah antara 68-70% .


Walaupun rumput tropika muda , ternakan boleh digest paling maksima hanya setakat 65% sahaja, ini memberi makna sekurang-kurangnya 35% dari rumput pasture yang dimakan itu terbazir didalam najis ternakan, jika dibandingkan dengan rumput dari kawasan temperate dimana ternakan boleh digest sehingga 80%.


Penghalang utama terhadap lembu tenusu yang menerima kadar digestibiliti yang rendah ialah ternakan tersebut tidak mendapat cukup tenaga, oleh yang demikian lembu tenusu yang memakan rumput tropika akan mengunakan sebahagian besar tenaga yang diperolehi untuk kegunaan pengurusan bada ternakan tersebut dan bakinya yang tidak sebeberapa lagi itu baru digunakan untuk pengeluaran susu. maka tidak hairanlah mengapa hasil pengeluaran susu dari pastura tropika rendah.


Kondisi badan ternakan bertindak sebagai reserve tenaga yang baik pada ketiga penghasilan awal lektasi, tetapi jika keadaan badan yang kurang baik ataupun kurus semasa beranak ini menandakan reserve tenaganya kurang, kondisi badan ternakan tersebut akan menurun dengan cepatnya, penghasilan susunya akan jatuh secara mendadak.



FibreFibre merupakan masaalah dalam rumput tropika, walau bagaimanapun kita haru ambil ingatan yang ternakan memerlukan 16-18% fiber dalam makanannya. Jika kandungan fiber terlalu tinggi ia akan mempemgaruhi jumlah pengambilan makanan, dan sebaliknya jika kandungan fibernya terlalu rendah, ternakan akan menghadapi masaalah digestive.


Lebeh cepat makanan melalui sistem penghazaman lebeh manyak ia akan makan, indigestible makanan bergerak perlahan dalam saluran penghazaman, ini mengurangkan selera makan. Oleh kerana rumput tropika tingi kandungan fibrenya, justru itu ia tingal lebeh lama didalam perut ternakan ini memaksa ternakan mengambil makanan yang lain dengan kuantiti yang rendah.

ProteinLembu tenusu memerlukan pemakanan yang tidak kurang 12% proteinLembu kering memerlukan sekurangnya 10% proteinAnak cerai susu memerlukan 15% protein.

Jika protein berkurangan, penghasilan susu juga akan beransur berkurangan dan akhirnya akan berhenti, selera makan ternakan akan berkurangan, bulu akan kelihatan kusut dan kasar anak kecil akan terbantut pertumbuhannya.
Kandungan protein rumput biasanya bertara (seassonal), tergantung pada jenis pastura dan pembajaan yang dgunakan. Biasanya protin akan terkumpul pada bahgian atas rumput yang muda.

Rumput tropika jarang melebehi 15% kandungan proteinnya kecuali dibaja dengan banyak, sebaliknya legumes dikawasan tropika kandungan protennya boleh mencapai sehingga 22%. Oleh yang demekian pastura yang mengandungi campuran rumput/legumes mengandungai kandungan protein yang tinggi.

Mineral


Bagi pastura di kawasan tropika memang selalunya kurang kandungan mineralnya,dari apa yang diperlukan oleh lembu tenusu

Phosphorus


Selalunya memang kurang kandungan phosphorus pada tanah pastura kawasan lembu tenusu Lembu tenusu memerlukan 40-50 gm phosphorus sehari, pembajaan dengan super phosphate akan merangsang kandungan phosphorus. Tetapi lembu tenusu biasanya perlu tambahan (supplement) phosphorus 15 gm sehari.
Sodium, Sulphur, Iodine dan cobalt diperlukan tetapi didalam kandungan yang amat sedikit.


Pengurusan Pastura (Garzing managemenent)

Stocking rate Berikan peluang kepada ternakan memilih dan ia akan meragut rumput pada bahagian yang terbaik sekali sahaja, iaitu dibahagian yang teratas dan termuda sahaja dan disitulah bahagian yang paling berzat (nutritious) sekali.


Meragut Malam (Night grazing)


Lembu, terutamanya lembu tenusu akan meragut lebeh pada waktu sejuk dan akan mengelakan meragut pada waktu panas tertamanya tengah hari. Kajian pernah dibuat iaitu dalam 10 jam sehari waktu ragutan lembu tenusu akan meragut 4 jam pada waktu siang dan 6 jam pada waktu malam. Ada yang mengsyorkan supaya disediakan 40% dari seluruh kawasan pastura untuk paddock ragutan malam.
Jumlah makanan yang diambil akan jatuh jika ternakan secara fizikalnya tidak memperolehi masa yang cukup bagi meragut pada waktu yang mampu diragut.

Air


Ternakan memerlukan minuman air bersih yang sentiasa ada dan mudah diperolehi pada bila-bila masa

No comments: