Wednesday, October 29, 2008

produk berasaskan tenusu

Produk tenusu
Objektif kajian : untuk berkongsi maklumat tenusu dan menyampaikan informasi tentang tenusu kepada semua.
Huraian : kajian bertujuan untuk berkongsi maklumat dan medium ilmu kepada semua pengguna yang berminat untuk mengetahui tentang produk tenusu. Ini kerana produk tenusu di Negara ini semaking mendapat perhatian disektor makanan dan kecantikan.

Secaraan am tentang lembu tenusu

Digestibiliti
Berpengaruh amat besar terhadap pastura pengeluaran susu ialah jumlahnya yang lembu tenusu boleh makan. Jumlah setiap hari ternakan boleh makan dipengaruh oleh banyak perkara, terutamanya bergantung kepada selera (appetite). Selera pula tergantung pada baka ternakan (breed), size, keadaan badan, umur dan kesihatan ternakan, juga tergantung kepada berapa banyak susu yang dihasilkan atau berapa jauhkah perjalanan yang dibuat dalam proses meragut didalam pastura.

Kadar purata bagi lembu tenusu baka Friesian memakan 16 kg. kandungan bahan kering (dm) ataupun 65 kg. rumput segar (fresh green feed) dan bagi lembu baka Jersye pula mampu memakan 11 kg. bahan kering ataupun 45 kg. rumput segar ataupun boleh juga dibuat perkiraan seperti ini :-(bahan kering ialah 4% dari berat badan ataupun 10% berat badan untuk rumput segar) Pastura di kawasan tropika biasanya mengeluarkan hasil yang tinggi dibandingkan dengan rumput dari kawasan temperate, tetapi malangnya hasil pengeluaran susu dari rumput tropika tetap rendah jika dibandingkan dengan kawasan temperate.

Antara sebabnya ialah rumput tropika mengandungain banyak batang dan daun mati, biasanya ternakan tidak akan ragut, Rumput tropika mengandungi faibre yang tinggi dimana kurang digestible, ini bermakna kandungan zat pemakanan seperti tenaga, protin dan mineral dikhuatiri rendah. Lembu tenusu memerlukan pemakanan yang kandungan digestible.
Susu lembu boleh dituai sebanyak dua kali sehari iaitu pagi dan petang. Penghalang utama terhadap lembu tenusu yang menerima kadar digestibiliti yang rendah ialah ternakan tersebut tidak mendapat cukup tenaga, oleh yang demikian lembu tenusu yang memakan rumput tropika akan mengunakan sebahagian besar tenaga yang diperolehi untuk kegunaan pengurusan badan ternakan tersebut dan bakinya yang tidak sebeberapa lagi itu baru digunakan untuk pengeluaran susu. maka tidak hairanlah mengapa hasil pengeluaran susu dari pastura tropika rendah.

Produk
Di Malaysia haiwan tenusu yang paling popular adalah lembu dan kambing. Produk hasilan daripada haiwan ini diproses sebagai makanan proses dan produk kecantikan. Produk hasilan tenusu dari segi produk makanan adalah seperti : ais krim, dadih, susu tepung, biskut dan kek. Manakala dari segi kosmetik adalah sabun, krim pencerah dan eliment lain lagi.

Harga
Susu segar / tenusu boleh dibeli dengan harga RM 1.50 seliter pada persekitaran biasa.
Promosi
Negara ini jabatan-jabatan kemajuan seperti jabatan haiwan dan FAMA giat memasarkan dan mempromosikan produk ini di pasaran tempatan. Berbagai teknik promosi boleh digunakan untuk memperkenalkan produk tenusu seperti pamplet, flyer, pameran (in-stor promotion) dan mengiklankan di internet bagi memperkenalkan produk tenusu ini kepada pengguna.

Lokasi
Produk tenusu ini boleh diprolehi di hypermarket, pusat pengumpulan industri tenusu dan ladang-ladang tenusu di sekitar negari.

Potensi pasaran tenusu
Terdapat 2 jenis pasaran yang sesuai untuk produk tenusu di Malaysia iaitu :
a. industri
b. pengguna

Kebaikan dan kelemahan

Kebaikan
i. baik untuk kesihatan
ii. 100% asli tanpa bahan pengawet
iii. pemintaan yang tinggi dipasaran industri dan pengguna

Kelemahan
i. kurang bekalang tenusu dipasaran tempatan
ii. memerlukan penjagaan rapi dan kawasan persekitaran yang bersih
iii. mudah tercemar

Peluang dalam bidang ternakan tenusu
1. Pemintaan yang tinggi di dalam industri pengeluaran produk berasaskan makanan dan kecantikan.
2. Pengguna sekarang mula sedar akan kepentingan susu segar terutamanya mereka yang pentingkan kesihatan.


Ancaman
1. Produk mudah rosak dan tercemar jira tidak disimpan dalam tempat sejuk.
2. Produk tenusu selalunya dicampurkan dengan gentian lain ini menyebabkan produk tercemar dan membahayakan pengguna.
3. Produk berasaskan susu soya yang kini semaking banyak dipasaran.
4. Produk susu import yang dicampurkan dengan milamin menyebabkan pengguna kurang percaya kepada produk tempatan.
5. Pesaingan daripada negara-negara luar seperti Australia, New Zealand, Eropah dan Amerika Syarikat.


Rumusan
Tenusu merupakan produk hasilan daripada susu lembu. Produk ini amat berpotensi dipasaran Malaysia terutamanya didalam industri makanan. Boleh dikatakan 70% produk makanan di negara ini menggunakan produk hasilan tenusu seperti dadih, coklat, biskut, kek, ais krim dan produk kecantikan.

Kelemahan produk ini ádalah jangka hayatnya tidak lama memerlukan tempat penyimpanan yang khas pada tahap beku yang tertentu. Ini kerana produk ini amat mudah tercemar dengan serangan kuman dan bekteria.

Bagi mereka yang ingin memceburi bidang ternakan amatlah digalakan supaya mereka menceburi bidang ternakan lembu kerana pasarannya yang amat berpotensi tinggi. Ini kerana permintaan pasaran berasaskan produk daging dan tenusu amat tinggi dipasaran dalam dan luar negara.

No comments: